keypochino Publish time 15-6-2021 10:27 PM

Apakah Itu Angin Lintang

Edited by keypochino at 16-6-2021 01:59 PM

https://google.com/7/7b/Kawasan_angin_lintang_500m_dihadapan.png
https://2.bp.blogspot.com/-s57V6KexeDM/WMD4m3B6TxI/AAAAAAAAAoo/H0cr5sDkJSoqWem4AjsqRSkLdnF90eItACLcB/s1600/angin%2B1.jpg
Tahukah anda apakah itu "Angin Lintang". Pasti anda biasa melintasi kawasan angin lintang dan ternampak papan tanda seperti ini di tepi lebuh raya. Angin lintang adalah angin yang bertiup melintasi lebuh raya yang kadang kala boleh menyebabkan sesuatu kenderaan yang sedang bergerak mengalami lencongan arah, berputar dari paksi asal dan terbalik sekiranya halaju angin yang bertiup melebihi nilai tertentu.Disebabkan itu kita akan nampak ada papan tanda angin lintang dan juga stokin angin di kawasan yang ada angin lintang sebagai panduan kepada pengguna jalan raya.

Anda perlu berhati hati sekiranya melalui kawasan ini. ini adalah 5 tips untuk anda yang melalui kawasan angin lintang:

1-Memandu Dengan Fokus Ketika Melalui Kawasan Angin Lintang

Apabila anda melihat sahaja papan tanda angin lintang, itu bermakna anda perlu memandu dengan lebih fokus bagi mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku. Sewaktu melalui kawasan angin lintang, kita tidak tahu bila waktunya angin lintang berlaku. Dalam pada masa yang sama anda juga perlu perhatikan di kawasan sekeliling anda sama ada terdapat benda asing atau tidak. Benda asing ni juga boleh menjadi salah satu sebab berlakunya kemalangan

2-Jangan Panik

Apabila anda melihat keadaan angin di kawasan yang anda lalu itu agak kuat, apa yang perlu anda lakukan ialah bertenang dan jangan panik. Jika anda panik ia akan membuatkan anda memandu dalam keadaan bahaya dan terburu-buru. Ia boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa. Jadi, anda perlu tenang, pandu kenderaan dengan perlahan dan cuba kawal kenderaan anda supaya tidak terbabas. Memandu dengan tenang akan membuatkan anda dapat berfikir apa tindakkan yang perlu anda lakukan.

3-Jangan Memandu Dengan Laju

Apabila melalui kawasan angin lintang perkara pertama sekali yang perlu anda elakkan ialah jangan sesekal memandu dalam keadaan yang sangat laju. Memandu dengan laju di kawasan biasa boleh mneyebabkan berlakunya kemalangan, inikan pula melalui kawasan angin lintang lagilah risiko untuk kemalangan maut itu tinggi. Jadi, jika anda melalui kawasan angin litang pandu dengan perlahan supaya mudah untuk anda kawal kenderan anda.

4-Beri Keutamaan Kepada Kenderaan Yang Besar Dan Bawa Muatan Yang Berat

Satu lagi perkara yang perlu anda elakkan apabila melalui kawasan seperti ini ialah, elakkan memandu di sebelah kenderaan berat terutama sekali kenderaan yang membawa muatan. Mungkin ada yang beranggapan memandu di sebelah kenderaan berat lebih selamat kerana dapat mengelakkan dari anda terkena angin lintang. Tetapi sebenarnya anda telah meletakkan diri anda dalam risiko. Ini kerana, kenderaan berat sebenarnya lebih terdedah kepada risiko terbabas atau terbalik apabila terkena angin lintang kuat.

5-Sentiasa Pastikan Kenderaan Anda Di Selenggara Dengan Baik

Tips yang terakhir ini sememangnya amat penting. Tidak kiralah sama ada anda memandu untuk destinasi jauh atau dekat anda perlulah memastikan kenderaan sentiasa di selenggara dengan baik. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Lagi-lagi jika anda melalui kawasan seperti ini sudah tentu ia memerlukan kenderaan anda dalam keadaan yang baik. Anda perlu pastikan tayar kereta anda mempunyai tekanan angin mencukupi dan bunga tayar tidak botak supaya ia dapatmembantu menguatkan cengkaman atas jalan dan sentiasa selanggara sistem brek kenderaan anda supaya dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan.

Sumber: https://abahcarspa.com/5-tips-memandu-di-kawasan-angin-lintang/

adila39 Publish time 15-6-2021 11:36 PM

Edited by adila39 at 15-6-2021 11:39 PM

oh... especially di lebuh raya and jugak lapangan terbang bila nak landing tu at times ada. Latitude wind.

keypochino Publish time 16-6-2021 02:01 PM

adila39 replied at 15-6-2021 11:36 PM
oh... especially di lebuh raya and jugak lapangan terbang bila nak landing tu at times ada. Latitude ...

ye betul.. so stay focus & dont panic..
Pages: [1]
View full version: Apakah Itu Angin Lintang


ADVERTISEMENT